APALAH DOSA MEREKA???
Pengenalan
Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.

Di dalam tong sampah, di pasar raya, di belakang pasaraya, di surau, di dalam semak, di dalam tandas, di perhentian bas dan sebagainya.
Definisi Pengguguran Bayi
Pandangan terhadap pengguguran dan pembuangan bayi seperti yang dijelaskan ialah bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan ( sembilan bulan untuk manusia ) yang mengakibatkan kemusnahan janin.Isu moral yang ingin diketengahkan ialah adakah fetus boleh dianggap makhluk yang hidup? Dan satu persoalan lain yang ditimbulkan ialah:
v Adalah salah untuk membunuh manusia yang tidak berdosa;
v Fetus adalah insan yang tidak berdosa, perlu dibiarkan meneruskan proses pembesaran.
Adalah salah untuk membunuh fetus kerana fetus akan membesar menjadi manusia. Gambar di sebelah menunjukkan mayat bayi perempuan tersebut sudah mulai terkelupas kulitnya, sehingga sebahagian tulang tubuhnya sudah mulai kelihatan. Sedangkan sebahagian tubuh lainnya terlihat bengkak.
Layakkah pelaku kepada semua ini diberi gelaran manusia ???